MUHASABAH DIRI



Melakukan sesuatu dengan tidak mempelajarinya memang suatu yang sukar. membahagi masa dengan belajar, program dan impian bukan suatu yang mudah. Asasnya semua memerlukan kepada ilmu samada ilmu pengetahuan dari sudut teori atau praktikal. Memastikan keberjayaan dalam suatu hasil kerja memerlukan kepada ilmu pengurusan masa dan diri. Andai diri sendiri masih boleh menepati perjalanan hidup sebagai manusia yang sepatutnya segala yang dicapai pasti tidak peroleh.

Meletakkan sesuatu bukan tempatnya. Bukan sekadar lantaran berbadan gemuk maka perlu diberi makanan yang banyak tetapi badan yang kecil diberi makan yang sedikit. Apa yang di maksudkan di sini ialah sepatutnya bangun di pagi hari pada jam 5.00pagi tapi bangunnya 10.00 pagi. YA! pengurusan diri yang benar-benar tidak tepat. Seterusnya apa yang dirancang tidak menjadi kerana terpaksa di "tunda" . Dek kerana termakan masa dengan waktu tidur. Maka bermula keluhan..."kalaulah, aku tidaj tidur atau bangun lewat pasti sudah habis aku mengulang kaji" . Salah siapa agaknya!!!!

menjadi orang yang berdisplin, diakui perlu sentiasa mencuba dan tidak malu melakukan perubahan. MUJAHADAH....kemanisan pasti anda rasai berada dalam landasan mujahadah kerana sebenarnya mujahadah ini kita sedang berusaha kembali ke jalan di redhai ALLAH s.w.t .

Wallahu'Alam.

MINGGU PROMOSI

Minggu ini berlalu pantas rasanya...tak disedari hari sabtu tiba..aku masih belum ada yang mengunjungi, biarlah........tiada siapa yang mengetahui kewujudan blog ini. Sukar juga untuk mencantikkan laman ini. Aku perlu pelajari dari seseorang agar ia tidak menjadi taman yang kosong tanpa rumput, rumah yang kosong tanpa perabot dan tayar yang botak tanpa bunganya. Biar ia bermanfaat untuk semua. Aku pernah mendengar dari seseorang katanya blogger gemar menceritakan sejarahnya , "dahulu aku begini dan pabila ku terkenang".. insyaAllah aku akan jadikan laman ini tempat minda ku berfikir menganalisa kehidupan...sedaya upaya aku tidak akan mencerna kehidupan dengan acuan nafsu atau akal semata-mata. bagaimana??? aku akan usahakan. Moga hasratku dipermudahkanNYA. aku ketahui lautan manusia membuka laman masing-masing ada yang menjadikannya sumber pengetahuan , ada juga sebagai penghebah isu semasa dan ada juga sebagai diary yang dikongsi bersama. Begitu pilihan mereka , tapi aku bagaimana untuk mencorakkan laman aku ini??? belum diketahui itu yang boleh aku katakan. Bunyi dalam catatan aku ini seperti diary bukan??? terpulang kepada pembaca , kerana bagi aku ia belum bermula lagi. Mungkin lebih tepat di katakan minggu promosi dan barangannya pun belum di keluarkan. Nantikan InsyaAllah, moga ia tidak sia-sia. Kerana kewujudan ini bukan matlamat utama aku untuk berkongsi bersama yang lain, tapi sebagai tempat mencabar mindaku untuk terus berfikir dan secara tidak langsung jika ia mampu memberi manfaat kepada semua. Alhamdulillah dan Wallahu'alam.

KELU TANGAN

Permulaan , InsyaAllah ianya impak yang terbaik. bermula dengan semaian hasrat yang tinggi dan diteruskan dengan intaian pemerhatian. lalu..sepasang tangan yang masing-masing miliki 5 jari pantas menekan keyboard. tanpa meminta di ajar atau pertolongan. mencuba dengan sendiri agar mata tidak petah untuk mencari dimensi baru. selaput minda dan otak berperah apa yang ingin di kongsi bersama. ini dahulu sebelum pelbagai bicara akan di kongsi bersama...di waktu-waktu akan datang....INSYAALLAH