MINGGU PROMOSI
Minggu ini berlalu pantas rasanya...tak disedari hari sabtu tiba..aku masih belum ada yang mengunjungi, biarlah........tiada siapa yang mengetahui kewujudan blog ini. Sukar juga untuk mencantikkan laman ini. Aku perlu pelajari dari seseorang agar ia tidak menjadi taman yang kosong tanpa rumput, rumah yang kosong tanpa perabot dan tayar yang botak tanpa bunganya. Biar ia bermanfaat untuk semua. Aku pernah mendengar dari seseorang katanya blogger gemar menceritakan sejarahnya , "dahulu aku begini dan pabila ku terkenang".. insyaAllah aku akan jadikan laman ini tempat minda ku berfikir menganalisa kehidupan...sedaya upaya aku tidak akan mencerna kehidupan dengan acuan nafsu atau akal semata-mata. bagaimana??? aku akan usahakan. Moga hasratku dipermudahkanNYA. aku ketahui lautan manusia membuka laman masing-masing ada yang menjadikannya sumber pengetahuan , ada juga sebagai penghebah isu semasa dan ada juga sebagai diary yang dikongsi bersama. Begitu pilihan mereka , tapi aku bagaimana untuk mencorakkan laman aku ini??? belum diketahui itu yang boleh aku katakan. Bunyi dalam catatan aku ini seperti diary bukan??? terpulang kepada pembaca , kerana bagi aku ia belum bermula lagi. Mungkin lebih tepat di katakan minggu promosi dan barangannya pun belum di keluarkan. Nantikan InsyaAllah, moga ia tidak sia-sia. Kerana kewujudan ini bukan matlamat utama aku untuk berkongsi bersama yang lain, tapi sebagai tempat mencabar mindaku untuk terus berfikir dan secara tidak langsung jika ia mampu memberi manfaat kepada semua. Alhamdulillah dan Wallahu'alam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan