MUHASABAH DIRI



Melakukan sesuatu dengan tidak mempelajarinya memang suatu yang sukar. membahagi masa dengan belajar, program dan impian bukan suatu yang mudah. Asasnya semua memerlukan kepada ilmu samada ilmu pengetahuan dari sudut teori atau praktikal. Memastikan keberjayaan dalam suatu hasil kerja memerlukan kepada ilmu pengurusan masa dan diri. Andai diri sendiri masih boleh menepati perjalanan hidup sebagai manusia yang sepatutnya segala yang dicapai pasti tidak peroleh.

Meletakkan sesuatu bukan tempatnya. Bukan sekadar lantaran berbadan gemuk maka perlu diberi makanan yang banyak tetapi badan yang kecil diberi makan yang sedikit. Apa yang di maksudkan di sini ialah sepatutnya bangun di pagi hari pada jam 5.00pagi tapi bangunnya 10.00 pagi. YA! pengurusan diri yang benar-benar tidak tepat. Seterusnya apa yang dirancang tidak menjadi kerana terpaksa di "tunda" . Dek kerana termakan masa dengan waktu tidur. Maka bermula keluhan..."kalaulah, aku tidaj tidur atau bangun lewat pasti sudah habis aku mengulang kaji" . Salah siapa agaknya!!!!

menjadi orang yang berdisplin, diakui perlu sentiasa mencuba dan tidak malu melakukan perubahan. MUJAHADAH....kemanisan pasti anda rasai berada dalam landasan mujahadah kerana sebenarnya mujahadah ini kita sedang berusaha kembali ke jalan di redhai ALLAH s.w.t .

Wallahu'Alam.

Tiada ulasan: